Terma & Syarat

Cara Membuat Tempahan


1. Tempahan tudung SAH dalam tempoh 2 hari (48 jam) sahaja. Jika TIADA pembayaran dibuat dalam masa 48 jam, tempahan tersebut akan dibatalkan secara automatik.

2. Jika tempoh tempahan ingin dilanjutkan melebihi 2 hari (3-5 hari), 50% deposit daripada jumlah keseluruhan diperlukan bagi mengelakkan pelanggan lain mengambilalih tempahan tersebut.

3. Tempahan boleh dilakukan dengan cara:
a) Mengisi borang tempahan yang terdapat di dalam laman web ini.
b) Email ke sales@butikzee.com.
c) SMS ke 019-8603890.
d) Melalui Facebook kami.

4. Tempahan akan diproses setelah bayaran penuh diterima.





Cara Pembayaran


Setelah membuat tempahan dan mendapatkan pengesahan dari kami berkenaan dengan stok produk yang dipilih, anda boleh membuat pembayaran dengan menggunakan salah satu daripada kaedah berikut:

1. On-Line Transfer (Pindahan Wang Secara Online):
a) Maybank2u
b) CIMB Clicks

2. Bank-in (deposit di kaunter Bank atau melalui mesin ATM):
Anda boleh juga membuat pembayaran ke akaun kami melalui kaunter bank atau pindahan wang melalui mesin ATM atau deposit melalui mesin deposit tunai (cash deposit) mana-mana bank di atas.

3. Menggunakan Khidmat Interbank GIRO Transfer (MEPS IBG):
Anda boleh juga membuat pembayaran dari akaun bank (selain dari bank yang kami gunakan) anda ke akaun bank kami melalui khidmat interbank giro. Walaubagaimanapun proses pindahan ini mengambil sedikit masa bergantung kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh bank yang anda gunakan.

4. Menggunakan Akaun Paypal dan Credit Card (Visa/MasterCard)
a) Akaun Paypal
Jika anda mempunyai akaun Paypal, anda boleh membuat bayaran dengan menggunakan akaun Paypal anda ke akaun Paypal kami (3.4% transaction fees akan dikenakan dari jumlah belian).
b) Credit Card (Visa/MasterCard)
Anda juga kini boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit Visa atau MasterCard anda ke akaun Paypal kami (3.4%transaction fees akan dikenakan dari jumlah belian).

5. International Money Transfer (Pindahan Wang Antarabangsa)
a) Maybank (MoneyGram)
b) CIMB (Western Union)

Selepas membuat bayaran, sila emelkan kepada sales@butikzee.com atau SMS kepada 019-8603890 butir-butir berikut:

KOD PRODUK YANG DITEMPAH:
KUANTITI:
NAMA:
ALAMAT:
NO.HP:
TARIKH:
MASA:
JUMLAH PEMBAYARAN:
BANK: CIMB/MAYBANK

Anda juga boleh emelkan kepada kami butir-butir resit online ke sales@butikzee.com.

NOTA: Kami tidak akan mendedahkan nombor akaun bank, alamat atau nama kami di laman web ini untuk tujuan keselamatan. Kami akan hanya emel atau private message ke inbox Facebook kepada para pelanggan kami mengenai maklumat yang diperlukan untuk membuat pembayaran (serius buyer only).





Penghantaran


1. Penghantaran akan dilakukan akan dilakukan pada setiap hari (Isnin-Sabtu) kecuali Sabtu minggu pertama, Ahad dan cuti umum.

2. Pengeposan akan hanya dilakukan pada keesokan harinya setelah menunjukkan bukti pembayaran.

3. Semua barang yang dipos dijangka diterima pelanggan dalam masa 2-5 hari bekerja.

4. Penghantaran akan dibuat setelah bayaran penuh diterima.

5. Kos penghantaran dalam Malaysia sahaja ditanggung sepenuhnya oleh Butik Zee Online manakala penghantaran ke luar Malaysia ditanggung oleh pelanggan sendiri.

6. Semua barang telah dipastikan berada dalam keadaan terbaik sebelum pengeposan dilakukan.

7. Penghantaran ke luar negara mengambil masa 7-14 hari bekerja.





Pemulangan


1. Barang yang telah dibeli atau diterima TIDAK BOLEH dipulangkan atau ditukar.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan atau kelewatan semasa proses penghantaran kerana ianya di luar kawalan kami.

PEMINAT